Keprihatinan sosial dalam penyiaran islam




See the source image
Add caption



Nama ahli kumpulan: MOHD AIDIL FITRI BIN OSAMAN (03DPR17F1088)
                                 AHMAD ULWAN NAIM BIN AHMADI (03DPR17F1077)
                                 AZIZUL HAKIM BIN ABD. RASHID ( 03DPR17F1072 )







Keprihatinan Sosial
Aspek Agama
Islam ialah agama yang mementingkan perpaduan dan hubungan baik antara manusia. Pada peringkat awal dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW, Baginda telah meletakkan perpaduan sebagai asas dalam pembentukan masyarakat.Menurut Roslan (2010), aspek perpaduan dapat dilihat ketika Rasulullah SAW membuat satu perjanjian yang dikenali  sebagai Piagam Madinah untuk mendirikan sebuah Negara yang menjadi pelindung kepada rakyat. Inti sari Piagam Madinah adalah seperti berikut :
1)      Kaum Yahudi hendaklah hidup berdamai dengan kaum Muslimin,kedua-dua pihak bebas mengamalkan ajaran masing-masing.
2)      Kaum Muslimin dan Yahudi wajib mempertahankan kota Madinah daripada serangan musuh dan berkerjasama melawan sesiapa sahaja yang memerangi mereka.
3)      Perdamaian dengan pihak lain hendaklah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
4)      Sesiapa yang tinggal di luar kota Madinah akan dilindungi kecuali orang yang zalim dan bersalah.
5)      Sekiranya timbul perselisihan antara kaum Yahudi dengan Muslim, maka penyelesaiannya hendaklah dirujuk kepada Allah SWT (al-Kitab) dan Rasulullah SAW yang merupakan pemimpin umum penduduk Madinah.

Aspek Bahasa
Menurut Awang Sariyan (2010), pendidikan bermula bersama-sama dengan wujudnya manusia selaras dengan hakikat bahawa bahasa merupakan unsur yang dimiliki manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. Keunggulan berbahasa telah diajar oleh Rasullah SAW, di mana Baginda menjelaskan bahawa sesuatu komunikasi bergantung kepada yang berikut:
1.      Makna terhadap kata-kata yang diucapkan. Kata-kata yang keluar daripada mulut seseorang tidak terkecuali untuk dihisab atau dikira oleh Allah SWT.
2.      Setiap ucapan mempunyai kesannya. Oleh itu. Lidah perlulah dijaga supaya tidak mendatangkan keburukan dalam hidup bermasyarakat.

Aspek Adat Resam
Ketinggian peribadi dan keunggulan masyarakat bergantung kepada keupayaan mereka menghormati orang lain serta budaya mereka. Insan yang terhormat ialah orang yang menghormati adat resam dan kesopanan dalam kehidupan bermasyarakat, kepercayaan, tradisi dan adat istiadat orang lain. Sebagai contoh, dalam ajaran Islam, seseorang itu digalakkan agar sentiasa menghomati tetamu sehinggakan menjadi kewajipannya untuk menyediakan ruang rehat dan layanan yang baik,makanan yang cukup serta menghantar mereka pulang dengan perasaan yang gembira.


Aspek Pakaian
Islam secara jelas telah menggariskan panduan untuk umat Islam dalam tatacara berpakaian. Antara adab-adab berpakaian yang terdapat dalam Islam adalah seperti yang berikut;
1)      Lelaki ridak dibenarkan memakai pakaian daripada sutera.
2)      Pakaian tidak melebihi buku tali. Pada dasarnya, larangan ini adalah kerana menghindar daripada perasaan takbur dan riak.
3)      Khusus bagi wanita hendaklah menutup tumitnya atau melabuhkan pakaiannya.
4)      Digalakkan memakai pakaian berwarna putih kerana kelihatan bersih, namun seseorang itu masih boleh memakai pakaian yang berwarna lain.
5)      Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian wanita dan begitu juga sebaliknya.
Aspek Kegiatan Ekonomi
Perniagaan atau kegiatan ekonomi merupakan satu usaha murni dalam memenuhi keperluan kehidupan individu serta masyarakat terutamanya dalam masyarakat Islam.
Antara etika dan adab perniagaan atau bermuamalah dalam Islam adalah seperti yang berikut:
1.      Peniaga atau pengusaha perlu beriman, bertakwa, memiliki ilmu dan kemahiran dalam bidang yang diceburi, amanah dan dedikasi.
2.      Bahan perniagaan mesti baik, halal, berkualiti dan mendatangkan manfaat.
3.      Mengurus perniagaan secara adil, jujur dan mengikut syariat Islam.
4.      Sumber kewangan yang halal.
5.       Matlamat perniagaan adalah untuk membina masyarakat bahagia dan diredai Allah



Pendahuluan

Walaupun dalam nada yag berbeza-beza, rungutan terhadap sikap apati sebahagian pelajar terhadap isu-isu sosial sering kedengaran. Kalangan pelajar sendiri apabila dihadapkan dengan persoalan ini, acapkali terpinga-pinga mencari jawapan.
Selaku golongan yang bakal mewarisi kepemimpinan dalam pelbagai bidang kehidupan, pelajar perlu memahami masyarakatnya. Untuk itu, perlu ada keprihatinan atau kepekaan terhadap isu-isu dan masalah masyarakat. Tanpa keprihatinan sosial yang dipupuk di universiti dan pusat-pusat mengajian tinggi bagaimana mungkin mereka dapat memainkan peranan selaku pemimpin dan menangani pelbagai masalah masyarakat?
Hujah yang mengatakan bahawa keprihatinan sosial akan terbentuk apabila mereka memegang jawatan dan menjalankan tugas masing-masing nanti adalah suatu hujah yang simplistic. Memang sesiapa sahaja mudah mengatakan bahawa jawatan yang dipegang dan tugas-tugas yang dilaksanakan merupakan suatu manifestasi keprihatinan dan tanggungjawab sosialnya walaupun hakikatnya dia mungkin “bekerja cari makan”.
Keprihatinan sosial dalam penyiaran islam penting kerana ianya merupakan intipati dan asas kehidupan bermasyarakat dan keprihatinan sosial semakin penting ketika berlaku proses pemodenan atau perubahan pesat yang turut menghakis nilai-nilai dan amalan masyarakat.

Fakta-fakta keprihatinan sosial dalam penyiaran Islam

Seperti yang kita sedia maklum, sebahagian pemimpin negara sama ada di dalam parti-parti politik pemerintah dan pembangkang, ataupun di dalam gerakan-gerakan sosial lain, mempunyai keprihatinan sosial yang tinggi. Baik di Singapura, United Kingdom, Asia Barat ataupun di tanahair sendiri, generasi pemimpin kita ketika itu telah memperlihatkan kepekaan dan keprihatinan terhadap isu-isu dan persoalan-persoalan negara melalui pelbagai kegiatan yang telah dilaporkan di dalam tv,radio dan media sosial.

Hal yang sama juga terbukti jikalau kita menyingkap sejarah perjuangan pelopor-pelopor politik, sosial, penulisan, dan agama negara ketika zaman pra-Merdeka, malah sejak di suku pertama abad yang lalu lagi. Keprihatinan sosial dan penglibatan mereka dalam perjuangan kemerdekaan dan membentuk negara-bangsa merupakan suatu khazanah yang tidak ternilai yang kita warisi sehingga kini. Jelaslah bahawa keprihatinan sosial bukan sesuatu yang terjadi secara spontan, automatik atau mekanikal. Ia suatu proses yang terbentuk melalui pemahaman dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat serta amalan sosial itu sendiri yang telah diperlihatkan di penyiaran pada hari ini.





Persiapan dan Cabaran menghadapi isu ini .

Untuk itu seseorang itu perlulah merasakan diri mereka bebas dan bukan dikongkong, mempunyai kepercayaan terhadap diri sendiri, dan berkeyakinan bahawa mereka boleh memberi sumbangan kepada masyarakatnya. Hal ini melibatkan persiapan ilmu dan intelektual. Ia memerlukan pencetusan dan interaksi idea serta perbahasan sesama pelajar dan dengan pihak-pihak lain. Dan ini pula mesti dirangsang atau didorong oleh perasaan insaf dan cintakan bangsa dan negara  yang merupakan suatu perasaan murni yang dapat memberi makna kepada kehidupan seseorang.

Namun, inilah yang ternyata agak sulit. Betapapun tingginya semangat sesetengah  orang untuk melahirkan isi hati mereka dan melibatkan diri dalam isu-isu sosial yang mendesak, beberapa faktor dalaman dan luaran nampaknya bertindak sebagai penghalang kepada idealisme itu. Bagi sebahagian yang lain, tidak dinafikan faktor-faktor ini menghalalkan sikap apati atau ketidakpekaan mereka. Seseorang sering diingatkan tentang tujuan dan tugas mereka apabila diberi peluang . Mereka dituntut agar menumpukan perhatian kepada perkara penting, manakala hal-hal lain harus dianggap tidak penting.Justeru,dalam penyiaran perlulah menerangkan tentang perkara ini agar isu sosial yang melanda akan dapat diselesaikan.

Malah, dengan meningkatnya peranan dan status industri dalam ekonomi negara, bidang-bidang pengajian dan kursus serta fokus penyelidikan turut disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan industri. Di samping itu, sikap memandang rendah terhadap bidang-bidang ilmu dan pengajian yang dianggap “kurang mempunyai nilai ekonomi”, sebaliknya memberikan segala galakan dan sokongan kepada bidang-bidang yang diperlukan industri, misalnya, boleh menimbulkan kesan negatif yang serupa di kalangan masyarakat.Justeru,pihak yang mempunyai kuasa dan jawatan perlulah menyiarkan isu-isu ini agar masyarakat dapat sedar dan prihatin.
Untuk seorang pelajar pula,sudah tentu siri kuliah melalui pelbagai kursus dan buku,  projek-projek kampung atau keluarga angkat yang dijalankan beberapa hari atau minggu setiap kali cuti panjang universiti, tidak mencukupi untuk menimbulkan kesedaran dan keprihatinan, apalagi keperibadian yang dimaksudkan. Keprihatinan ini memerlukan penglibatan pelajar secara sedar dan rela serta penuh komitmen. Penglibatan yang demikian bukan sekadar mempertahankan tradisi, dan bagi pelajar pula, tidak dengan motif mendapatkan tempat tinggal di kolej kediaman atau menebalkan resume untuk tujuan mencari pekerjaan nanti. Bukan ala hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya, perlu ada kesungguhan dalam melaksanakan projek  dengan ada perancangan dan tindakan susulan jangka panjang  untuk memperbaiki keadaan di kampung-kampung angkat berkenaan.

Sehubungan ini, perlu ada suasana yang dapat menggalakkan pelajar menjadi pemimpin , penggubal dasar dan pembuat keputusan dengan pelbagai inisiatif dan kreativiti tersendiri. Universiti sendiri haruslah kekal sebagai tempat pelajar meneroka dan mengenal diri mereka, bereksperimen dengan idea dan perspektif, serta membentuk sikap dan pendirian sendiri. Jika tidak, sekali lagi keinsafan dan penghayatan yang dimaksudkan tidak mungkin berlaku.Hal ini semuanya disebabkan penyiaran masa kini yang mementingkan  isu sosial dalam masyarakat.
Antara Kebimbangan dan Keperluan Masyarakat tentang isu keprihatinan sosial dalam penyiaran islam

Anggota-anggota masyarakat , harus bersama-sama terlibat dalam proses penentuan dan memperbaiki keadaan. Lagipun sejarah pelbagai masyarakat banyak menunjukkan bahawa masyarakat cukup bersatu dan berupaya menghadapi sebarang pergolakan yang timbul. Seseorang yang pada perhitungan terakhirnya harus bertanggungjawab terhadap masyarakatnya, perlu melibatkan diri mereka dalam proses-proses yang menyatukan bangsa. Dalam proses ini, keprihatinan sosial dalam penyiaran islam adalah salah satu aspek yang penting .

Keprihatinan sosial merupakan suatu cetusan idealisme pelajar dan generasi muda umumnya. Idealisme ini memberikan semangat dan dorongan kepada pelajar untuk melakukan yang baik, untuk menyumbang bakti kepada msyarakatnya. Ini amat wajar kerana masyarakat telahpun banyak berjasa kepada pelajar. Idealisme ini justeru tidak harus dicurigai, sebaliknya diberi ruang untuk berkembang.
Kalangan kakitangan akademik dan pentadbir yang diberikan kedudukan strategik di pusat-pusat pengajian tinggi perlu membantu menggalakkan keprihatinan sosial di kalangan pelajar. Perlu diakui bahawa semua itu suatu fenomena biasa di kalangan generasi muda termasuk pelajar. Ia bukan sesuatu yang perlu dirisaukan sangat, tetapi harus dipantau dengan penuh timbang rasa dan tolak-ansur kerana kesan positif jangka panjangnya yang kerap terbukti itu.
Di samping itu kita juga tidak harus membenarkan nilai dan ideologi pasaran menentukan keutamaan dan orientasi universiti walaupun keperluan pasaran dan peluang pekerjaan bagi pelajar nanti sesuatu yang penting. Peranan universiti jauh lebih mencakup daripada sekadar isu-isu masa kini.Oleh itu,media di dalam kampus juga penting untuk memaparkan isu ini agar menjadi objektif utama penyatuan masyarakat. Dalam masa yang sama kita juga tentu tidak mahu generasi pelajar yang terus dibentuk di pusat-pusat pengajian kita berkembang menjadi golongan yang tidak prihatin akan masalah sosial di sekitarnya.
Dalam kalangan pelajar proses keprihatinan sosial juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Pelajar perlu berusaha memecahkan tembok yang menghalang mereka daripada memainkan peranan terhadap masyarakat. Inisiatif dan kreativiti di pihak pelajar amat penting . Sebagai contoh, pelajar perlu terus berusaha menangani dan mengatasi kemelut-kemelut dan isu-isu dalaman seperti persatuan pelajar, kolej kediaman, fakulti dan memupuk serta memantapkan persefahaman, kerjasama dan perpaduan di kalangan mereka. Mereka juga harus bijak dan tegas dalam menuntut dan mempertahankan hak-hak mereka dan tidak mengharapkan pihak lain, untuk memperjuangkan kepentingan mereka. Ini akan membantu pelajar dalam memainkan peranan bersejarah mereka terhadap masyarakat, di samping menggalakkan perkembangan universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi yang lebih adil, saksama, segar dan demokratik bagi semua yang terlibat.Perkara ini perlulah dimainkan di dalam semua media pada masa kini agar generasi muda prihatin akan masalah sosial yang disiarkan dalam media hari ini.



Rumusan
Kesimpulannya, keprihatinan sosial  diperlukan oleh semua orang kerana ia memberi makna kepada semua golongan masyarakat. Hal ini disebabkan media sering memaparkan isu sosial dalam kalangan masyarakat di samping memberitahu punca,sebab,masalah timbulnya sesuatu isu sosial tersebut.Oleh itu,keprihatinan sosial dalam penyiaran islam perlulah dipertingkatkan kerana di dalam islam sendiri mementingkan umatnya untuk menjaga sosial sesuatu perkara seterunya menjaga perpaduan sesuatu masyarakat.Banyak perkara yang penyiaran melalui media boleh lakukan,sesetengahnya telah dibincangkan.Justeru,pihak yang berperanan perlulah berusaha untuk menyedarkan dan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang isu sosial ini terutamanya melalui medium penyiaran yang ada pada hari ini.




Berita Masalah Sosial 

Ketagihan dadah, jika tidak dibendung, negara kerugian tenaga belia - Muhyiddin



Muhyiddin bersama Alwi (kiri) dan Zulkifli (kanan) menunjukkan Pelan Tindakan Jom Hijau AADK 2019-2021 pada perasmian Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2019 hari ini. --fotoBERNAMA

BANGI: Seramai 85,575 orang belia berumur antara 19 dan 39 tahun dikesan menjadi penagih dadah sejak tahun 2014 hingga 2018, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jumlah tersebut adalah 73.6 peratus daripada 116,206 orang penagih yang dikesan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi tempoh lima tahun berkenaan.

"Golongan belia adalah golongan yang paling ramai terlibat penyalahgunaan dadah. Jika ia tidak dibendung, negara kita akan mengalami kerugian tenaga belia.

"Mereka yang seharusnya produktif membangunkan negara, terpaksa menanggung pelbagai masalah sosial akibat penyalahgunaan dadah," katanya pada majlis perasmian Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan di Dewan Seri Akasia, Ibu Pejabat AADK, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, trend penyalahgunaan dadah di negara ini konsisten dengan trend dunia dan serantau.

"Daripada Januari hingga Disember lepas, dadah jenis methaphetamine seperti syabu dan pil kuda adalah yang paling banyak disalah guna iaitu sebanyak 61.9 peratus daripada keseluruhan dadah.
"Ia diikuti dadah jenis heroin sebanyak 23.3 peratus. Dan trend ini agak berbeza daripada tahun 2017 yang mana heroin lebih banyak digunakan berbanding methamphetamine," katanya.

Dalam konteks ini, tegas Muhyiddin, peranan keluarga amat penting bagi mencegah golongan remaja daripada terlibat dengan gejala dadah.

Katanya, banyak kajian menunjukkan pengawasan dan sikap mengambil peduli tentang aktiviti anak-anak serta anggota keluarga boleh mencegah mereka daripada terjebak gejala berisiko.

Menurutnya, antara usaha memerangi dadah ialah dengan membuat pengekalan kepulihan klien Orang Kena Pengawasan (OKP) di dalam komuniti.

"Berdasarkan pemantauan dan penilaian AADK, didapati kadar kepulihan bekas-bekas klien yang telah menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti untuk tempoh dua tahun, adalah seramai 8,449 orang atau 55 peratus daripada 15,249 OKP yang dinilai.
"Ini melebihi sasaran 40 peratus yang telah ditetapkan dalam Petunjuk Prestasi Utama kementerian ini bagi tahun lepas," katanya.

Muhyiddin berkata untuk membantu bekas penagih dadah pulih sepenuhnya, stigma terhadap penagih dadah yang telah dirawat harus dikikis.

Pada tahun lepas sahaja, tambahnya, seramai 4,654 orang klien dibebaskan dari pusat pemulihan.

"Untuk mengekalkan kepulihan dan membolehkan mereka diterima masyarakat, sokongan komuniti setempat amat penting dalam menerima mereka ini agar tidak mengulangi penagihan apabila merasakan diri mereka tersisih.

"Pencegahan penagihan berulang antara komponen rawatan dan pemulihan dadah yang penting. Statistik menunjukkan sejak tahun 2014 hingga Disember lepas, hanya 25 peratus kes dikesan merupakan penagih dadah berulang," katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah.




Kahwin bawah umur tidak selesai masalah sosial - Dr Afif.

Dr Afif Bahardin menegaskan bahawa had umur perkahwinan tiada kena mengena untuk mengatasi gejala sosial. - gambar hiasan

GOMBAK: Hujah yang mendakwa isu gejala sosial boleh diselesai menerusi perkahwinan termasuk bawah umur merupakan pandangan dangkal.

Ini kerana, menurut Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, had umur perkahwinan tiada kena mengena dengan masalah moral sebaliknya, hanya melalui pendidikan masalah sedemikian dapat diatasi.

“Ada yang mengatakan perkahwinan bawah umur ini akan mengelakkan isu-isu gejala sosial. Saya rasa itu adalah kenyataan yang paling dangkal sekali.

“Kalau kita lihat dari dulu lagi budaya perkahwinan bawah umur ini dibenarkan, adakah masalah sosial selesai? Tidak. Masalah sosial hanya akan selesai dengan pendidikan, bukan perkahwinan.

“Saya tidak terkejut dengan pandangan yang dikeluarkan sesetengah pihak kerana ini adalah pandangan lama atau aliran lama yang dibawa untuk mempertahankan amalan ini,” katanya semasa menjadi pendebat dalam acara Debat AWANI edisi Siri Debat Awam IIUM Re:Action-Youth Engaged yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Rabu.

Dr Afif turut memberitahu, adalah suatu yang ironi seandainya kanak-kanak di bawah umur dibenarkan berkahwin, tetapi dalam masa golongan sedemikian tidak dibenarkan menandatangani surat kebenaran untuk menjalani pembedahan.



Negara dilanda 'bencana sosial' yang perlu ditangani bersama - TPM

Masalah gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak juga dianggap salah satu bentuk 'bencana sosial'. - Gambar hiasan

SHAH ALAM: Masyarakat di negara ini tidak lagi diuji dengan bencana alam malah terpaksa mengharungi bencana 'sosial' yang memerlukan perhatian semua pihak untuk ditangani bersama, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata sejak mengambil alih jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas, banyak masalah sosial yang terpaksa diharungi beliau termasuk kes melibatkan kanak-kanak menjadi mangsa pedofilia dan gangguan seksual.

"Apabila kanak-kanak kahwini (orang dewasa), maka berlakunya perlakuan seksual pedofil yang kena tangani bersama.

"Justeru, negara kita tidak lagi diuji oleh bencana alam, malah bencana 'sosial' yang mungkin kita tidak dapat dilihat dengan (mata kasar) berbanding bencana alam yang boleh dilihat dengan mata nyata," katanya ketika berucap merasmikan majlis makan malam amal Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) di sini, Sabtu malam.

Turut hadir Presiden IMAM Dr Jeffrey Abu Hassan.

Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah memuji inisiatif IMAM mendirikan Rumah Solehah untuk melindungi wanita dan kanak kanak yang dijangkiti dengan HIV/AIDS sejak 1998.

Katanya rumah itu yang ditubuhkan dengan kerjasama ahli agama dan Kementerian Kesihatan, menjadi model cara Islam menangani wabak jangkitan HIV/AIDS.
Beliau juga melahirkan penghargaan terhadap usaha murni IMAMyang banyak terlibat dalam aktiviti kesukarelawan dengan memberikan rawatan kesihatan dan pergigian untuk membantu kelompok masyarakat yang terpinggir terutama kaum pelarian Rohingya di tanah air dan di Cox Bazaar, Bangladesh.

"Di peringkat antarabangsa pula, beberapa orang ahli IMAM telah menerajui Gabungan Persatuan-Persatuan Perubatan Islam Sedunia (FIMA) yang merangkumi 50 buah negara," katanya.

Dr Wan Azizah menarik perhatian IMAM sedang bekerjasama dengan FIMA untuk menyalurkan air bersih dan selamat ke kawasan-kawasan yang memerlukan sumber itu di serata dunia melalui projek 'FIMA Safe Water'.

Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada IMAM yang ditubuhkan pada 1990 yang terus menjadikan suaminya yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penaung persatuan itu selain terlibat secara langsung dalam penjagaan kesihatan Anwar semasa dalam tahanan.



Masalah mental kalangan remaja membimbangkan - kajian


Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 mendedahkan, daripada kira-kira 5.5 juta remaja, seorang daripada 5 anak muda mengalami kemurungan.

KUALA LUMPUR: Masalah kesihatan mental dalam kalangan anak-anak muda di negara ini disifatkan sebagai membimbangkan.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 mendedahkan, daripada kira-kira 5.5 juta remaja, seorang daripada 5 anak muda mengalami kemurungan.

Malah, seorang remaja dari 10 remaja direkodkan mengalami tekanan perasaan.

Lambat mendapatkan rawatan dan kurang mendapat perhatian serta sokongan keluarga menyebabkan masalah kesihatan mental dihadapi anak muda negara ini semakin parah.

Bagi Pengasas Yayasan Kesihatan Mental (MHF) Malaysia, Datuk Dr Abdul Aziz Abdullah, 27 peratus kalangan penduduk Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas yang mengalami masalah kesihatan mental sepatutnya diberi perhatian.

"Jumlah remaja yang mengalami masalah kesihatan mental sampai mencecah 27 peratus adalah membimbangkan dan kita harus waspada dan kena ambil langkah tepat serta mereka memerlukan rawatan berpanjangan.

"Kalau dibandingkan dengan negara lain, jumlah peratusan di negara ini agak tinggi. Jadi, kita perlu memikirkan bersama-sama bagi pihak kerajaan sendiri, dari pihak pelaksana dasar , pihak beri rawatan dan NGO,"  katanya dalam satu temubual dengan Astro AWANI.

Beliau melihat usaha mempromosikan kesihatan mental perlu dipergiatkan dalam memastikan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia.

Penggunaan gajet dan media sosial yang semakin meluas adalah faktor penyumbang kepada masalah sosial dan tekanan kepada remaja.
"Kalau kita tengok sekarang ini tekologi maklumat sangat meluas tanpa sempadan sampai menimbulkan pelbagai masalah selain daripada masalah tradisi yang kita lihat," ujar beliau. 

Susulan itu, sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut setiap 10 Oktober memilih tema Kesihatan Mental Remaja dan Belia Dalam Keadaan Perubahan Dunia selaras dengan masalah berkenaan.

"Tema Kesihatan Mental Remaja dan Belia Dalam Keadaan Perubahan Dunia memberi kesedaran mengenai pentingnya kesihatan mental untuk mewujudkan satu dunia yang aman dan harmoni. Keadaan mental anak muda kita tidak begitu baik buat masa ini. Jadi tema itu tepat untuk sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut tahun ini.

"Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia di PICC 11 Oktober ini, sekumpulan penyelidik akan mengulas mengenai langkah kerajaan, keluarga, masyarakat dan MHF untuk menangani perkara ini," tambahnya.

Dalam pada itu, Pusat Latihan MHF di Ampang telah berjaya memberi harapan kepada lebih seratus pesakit mental untuk kembali kepada kehidupan normal atau sekurang-kurangnya mampu bekerja.

Pengerusi MHF, Tan Sri Hashim Meon berkata, MHF adalah salah sebuah NGO yang berkaitan kesihatan mental dan menumpukan kepada mempromosikan kefahaman masyarakat terhadap masalah berkenaan.

"DI MHF kita tidak menjalankan rawatan sebab ia adalah tanggungjawab Kementerian Kesihatan, selain empat institusi mental yang telah wujud seperti Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Hospital Permai di Tampoi, Hospital Sentosa di Kuching, dan Hospital Mesra di Kota Kinabalu.

"Malah, ada lebih 30 lagi pusat rawatan kesihatan mental seluruh negara. Tumpuan kita untuk membantu mempromosikan masalah kesihatan mental," kata beliau.



Masalah sosial di sekolah bandar lagi teruk - Bukit Aman


Mohmad berkata faktor persekitaran serta tekanan yang dihadapi juga dipercayai menjadi penyumbang kepada salah laku pelajar di sekolah. - Gambar fail

HULU TERENGGANU: Sekolah-sekolah di bandar lebih terdedah untuk terjerumus dalam gejala negatif termasuk penyalahgunaan dadah berbanding sekolah di luar bandar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata faktor persekitaran serta tekanan yang dihadapi juga dipercayai menjadi penyumbang kepada salah laku pelajar di sekolah.

Menurutnya, lazimnya hanya sekolah di bandar merekodkan penglibatan pelajar dalam kes dadah, buli dan jenayah.

"Masalah sosial di sekolah luar bandar tidak sama dengan di bandar kerana hubungan sekolah luar bandar dengan polis begitu intim. Jadi masalah-masalah yang berlaku dapat diselesaikan di peringkat yang lebih awal," kata Mohmad.

"Tidak ada isu-isu sosial yang melibatkan kanak-kanak di sekolah-sekolah luar bandar. Tidak macam di bandar. Di bandar dia terdedah kepada benda-benda yang negatif, tambah pula dengan masalah tekanan yang begitu teruk," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kelonggaran institusi keluarga di bandar juga menjadi faktor mengheret anak-anak dalam masalah sosial.
Mohmad berkata salah laku ini biasanya berlaku di peringkat sekolah menengah.

Tambahnya, setakat ini pihaknya tidak mengesan pembabitan pelajar sekolah rendah dalam isu dadah.






Tajuk Video: KEMBALI

Video ini menceritakan tentang keprihatinan sosial .











Comments